Wednesday, 4 September 2013

Hidap ‘Sleeping Beauty’ Tidur Selama 59 Hari !!


Gadis Hidap 'Sleeping Beauty' Tidur Selama 59 Hari

LONDON – Seorang wanita berusia 23 tahun, tidur selama 59 hari disebabkan sindrom 'Sleeping Beauty' yang dialaminya. Meskipun menghidap sindorm yang hanya melanda 1,000 orang di dunia ini, namun Imaarl Duprey berjaya memperolehi ijazah dalam bidang psikologi di Universiti Goldsmiths. Imaarl, hanya bangun untuk makan, minum dan ke bilik air ketika dikejutkan oleh anggota keluarganya dan ketika itu dia umpama bermimpi.

"Ia memberikan kesan yang besar kepada keluarga saya. Ketika mula-mula menghidap sindrom ini, saya terpaksa dipantau oleh ibu saya, Kerry Griffiths dan adik, Shahnequa Duprey, 21," katanya. Imaarls  mula mengalami sindrom tersebut pada 2008 apabila dia tidur selama 10 hari ketika berusia 18 tahun. Setahun selepas itu, kejadian sama berlaku ketika dia bercuti bersama rakan-rakannya.
Imaarl kemudiannya mendapat rawatan doktor dan dia hanya disahkan menghidap penyakit itu selepas setahun.
Ibunya, Kerry pula berkata, keadaan akan menjadi lebih mudah jika anaknya hanya tidur namun masalahnya dia akan bertukar menjadi individu yang berbeza ketika dikejutkan. "Apabila saya kejutkannya untuk ke tandas atau makan, dia berubah menjadi seperti kanak-kanak dan keadaan ini memberikan tekanan,'' katanya. Kebanyakan penghidap sindrom ini adalah lelaki dan rawatan utama ialah pemerhatian khas daripada anggota keluarga.
Tiada ubat yang dapat mengubati penyakit aneh ini.

Pelik : Seni Pembuatan Keranda Pelik Dan Aneh Di Afrika !!


SENI PEMBUATAN KERANDA PELIK DAN ANEH DI AFRIKA | Jika di kebanyakan tempat, kematian umumnya identatik dengan kesedihan, namun di Ghana, kematian bukanlah lagi perkara yang menakutkan. Sebaliknya kematian kini disambut dengan perkara yang menyenangkan hasil ciptaan unik keranda yang dibuat dengan bentuk yang pelbagai dan kreatif. 
Pembuatan keranda di Ghana kini telah berevolusi menjadi sebuah perniagaan yang menguntungkan. Keadaan ini tidak lepas dari mulai munculnya idea pembuatan keranda unik dan aneh bagi mereka yang meninggal. Sebuah fenomena yang menciptakan trend baru di kalangan masyarakat Ghana.

JOM SAKSIKAN HIMPUNAN GAMBAR KERANDA UNIK DAN KREATIF BUATAN AFRIKA DI BAWAH.


Sekitar Keadaan Pekerja Syarikat Bas China Mengira Duit Tambang !!

Pengangkutan awam bas adalah yang paling terkenal di China. Tambang untuk satu perjalanan adalah 1 yuan (RM 0.50). Jadi setiap petang sebelum balik, konduktor bas akan duduk bersama dan mengira duit tambang yang banyak itu. 

10 Tahun Hidup Bawah Pokok


Lelaki

Riyadh – Seorang lelaki Saudi tinggal di bawah sebatang pokok sejak 10 tahun lalu.
Akhbar melaporkan, penduduk di daerah Milz di bandar raya Riyadh menganggap lelaki itu misteri kerana dia tidak bergaul dengan penduduk tempatan dan jarang berbual dengan orang lain.

"Dia seolah-olah tidak mempunyai rumah selain pokok itu. Hampir keseluruhan masanya lalu dihabiskan di bawah pokok berkenaan. Dia tidur di situ pada sebelah malam. Pokok itu menjadi rumahnya dan tiada siapa mengenalinya.
"Kadang kala dia melemparkan senyuman kepada orang yang lalu-lalang. "Tetapi biasanya, dia cuba mengelak orang ramai. Pihak berkuasa perlu bertindak kerana lelaki itu mungkin sakit," kata seorang penduduk. – Agensi

"Fairy Circles", Misteri Bulatan Aneh Di Namibia

Di kawasan padang di selatan Afrika, terdapat beribu-ribu bulatan aneh yang dikenali sebagai Fairy Circles. Bulatan yang bersaiz dari 2 meter sehingga 15 meter itu muncul di kawasan rumput Namibia, Angola dan Afrika Selatan.

Bulatan tersebut ditemui pada 1971, namun sejak itu, kajian gagal membuktikan apakah yang membuatkan fenomena itu terjadi. Menurut kepercayaan penduduk Himba, bulatan tersebut terjadi disebabkan oleh naga yang tinggal di bawah permukaan bumi dan menghembus udara panas dari bawah hinggalah ke permukaan. Selain dari itu, terdapat juga teori yang mengatakan bulatan itu telah dihasilkan oleh semut, anai-anai, radioaktif dan juga sisa toksik dan tumbuhan beracun iaitu Damara Euphorbia.

Sejarah Musyhaf Al-Quran (part2)

Sejarah Musyhaf Al-Quran (part2)
 


  • Mushaf , Kulit Rusa
  • Ditulis pada tahun Abad VIII ,Dengan Ejaan Imlak (
  • Sumber : Wakaf
  • Koleksi : Perpustakaan Raja Abdul Aziz di Madinah




  • Mushaf
  • Ditulis pada tahun 842 H. ,Dengan Ejaan Imlak (, dengan tangan Ibnu Muaafah Umar bin Muhammad
  • Sumber : Wakaf
  • Koleksi : Perpustakaan Raja Abdul Aziz di Madinah



  • Mushaf
  • Ditulis pada tahun 985 H. ,Dengan Ejaan Imlak (, dengan tangan Hoja Jan bin Ali
  • Sumber : Hadiah
  • Koleksi : Perpustakaan Raja Abdul Aziz di Madinah 

SUMBER: QURAN COMPLEKS
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================

Madu lebah sebagai penawar penyakit

Telah disebut didalam Al-Quran bahawasanya terdapat ubat sebagai penawar bagi pebagai penyakit 
Gambar : dihalaman rumahku 
 Allah SWT berfirman maksudnya: 
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (68) Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69) 
(An-Nahl 16:68) 
 ==========================
 Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share) Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia ==========================

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan (1)

 
Bab 1: Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Dari Amirul mu'minin Abu Hafs yaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al- Qurasyi al-'Adawi رضي الله عنه berkata: Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda :
 
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."
 
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis yaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan Bukhari saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim disingkat dengan Muslim saja - radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing- masing yang keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.

*Saidina Umar bin Khaththab r.a. itu adalah seorang khalifah dari golongan Rasyidin yang pertama kali menggunakan sebutan Amirul mu'minin pemimpin sekalian kaum mu'minin. Beliau adalah khalifah kedua sepeninggal Rasulullah صلی الله عليه وسلم Panggilan Amirul mu'minin itu lalu dicontoh dan diteruskan oleh khalifah Usman dan Ali radhiallahu 'anhuma, juga oleh para khalifah Bani Umayyah, Bani Abbas dan selanjutnya. Jadi di zaman khalifah Abu Bakar sebutan di atas belum digunakan. Adapun Abu Hafs itu adalah gelar kehormatan bagi Sayidina Umar r.a. Abu artinya bapak, sedang hafs artinya singa. Beliau r.a. memperoleh gelar Bapak Singa, sebab memang terkenal berani dalam segala hal, seperti dalam menghadapi musuh di medan perang, dalam menegakkan keadilan di antara seluruh rakyatnya dan tanpa pandang bulu dalam meneterapkan hukuman kepada siapapun. Ringkasnya yang salah pasti ditindak dengan keras, sedang yang teraniaya dibela dan dilindungi.
 
Nombor 1 Sumber: riyadhus-shalihin 
Penjelasan:
  • Hadis di atas adalah berhubungan erat dengan persoalan niat. Rasulullah صلی الله عليه وسلم menyabdakannya itu ialah kerana di antara para sahabat Nabi صلی الله عليه وسلم sewaktu mengikuti untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni Ummu Qais. Beliau صلی الله عليه وسلم mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di atas.
  • Oleh kerana orang itu memperlihatkan sesuatu yang bertentangan dengan maksud yang terkandung dalam hatinya, meskipun sedemikian itu boleh saja, tetapi sebenarnya tidak patut sekali sebab saat itu sedang dalam suasana yang amat genting dan rumit, maka ditegurlah secara terang-terangan oleh Rasulullah صلی الله عليه وسلم
  • Bayangkanlah, betapa anehnya orang yang berhijrah dengan tujuan memburu wanita yang ingin dikawin, sedang sahabat beliau صلی الله عليه وسلم yang lain-lain dengan tujuan menghindarkan diri dari amarah kaum kafir dan musyrik yang masih tetap berkuasa di Makkah, hanya untuk kepentingan penyebaran agama dan keluhuran Kalimatullah. Bukankah tingkah-laku manusia sedemikian itu tidak patut sama-sekali.
  • Jadi oleh sebab niatnya sudah keliru, maka pahala hijrahnyapun kosong. Lain sekali dengan sahabat-sahabat beliau صلی الله عليه وسلم yang dengan keikhlasan hati bersusah payah menempuh jarak yang demikian jauhnya untuk menyelamatkan keyakinan kalbunya, pahalanyapun besar sekali kerana hijrahnya memang dimaksudkan untuk mengharapkan keridhaan Allah dan RasulNya. Sekalipun datangnya Hadis itu mula-mula tertuju pada manusia yang salah niatnya ketika ia mengikuti hijrah, tetapi sifatnya adalah umum. Para imam mujtahidin berpendapat bahwa sesuatu amal itu dapat sah dan diterima serta dapat dianggap sempurna apabila disertai niat. Niat itu ialah sengaja yang disembunyikan dalam hati, ialah seperti ketika mengambil air sembahyang atau wudhu', mandi shalat dan lain-lain sebagainya.
  • Perlu pula kita maklumi bahwa barangsiapa berniat mengerjakan suatu amalan yang bersangkutan dengan ketaatan kepada Allah ia mendapatkan pahala. Demikian pula jikalau seseorang itu berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tetapi tidak jadi dilakukan, maka dalam hal ini orang itupun tetap juga menerima pahala. Ini berdasarkan Hadis yang berbunyi: "Niat seseorang itu lebih baik daripada amalannya." Maksudnya: Berniatkan sesuatu yang tidak jadi dilakukan sebab adanya halangan yang tidak dapat dihindarkan itu adalah lebih baik daripada sesuatu kelakuan yang benar-benar dilaksanakan, tetapi tanpa disertai niat apa-apa.
  • Hanya saja dalam menetapkan wajibnya niat atau tidaknya,agar amalan itu menjadi sah, maka ada perselisihan pendapat para imam mujtahidin. Imam-imam Syafi'i,Maliki dan Hanbali mewaibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap sah.
  • Adapun dalam amalan yang berdiri sendiri, maka semua imam mujtahidin sependapat tidak perlunya niat itu, misalnya dalam membaca al-Quran, menghilangkan najis dan lain-lain.
  • Selanjutnya dalam amalan yang hukumnya mubah atau jawaz (yakni yang boleh dilakukan dan boleh pula tidak), seperti makan-minum, maka jika disertai niat agar kuat beribadat serta bertaqwa kepada Allah atau agar kuat bekerja untuk bekal dalam melakukan ibadat bagi dirinya sendiri dan keluarganya, tentulah amalan tersebut mendapat pahala, sedangkan kalau tidak disertai niat apa-apa, misalnya hanya supaya kenyang saja, maka kosonglah pahalanya.
Wallahua'lam....
 ==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan (2)

 
Bab 1: Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar
 
Dari Ummul mu'minin yaitu ibunya - sebenarnya adalah bibinya - Abdullah yakni Aisyah رضي الله عنها, berkata: Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda:
 
"Ada sepasukan tentera yang hendak memerangi - menghancurkan - Ka'bah, kemudian setelah mereka berada di suatu padang dari tanah lapang lalu dibenamkan-dalam tanah tadi -dengan yang pertama sampai yang terakhir dari mereka semuanya."
Aisyah bertanya: "Saya berkata, wahai Rasulullah, bagaimanakah semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, sedang di antara mereka itu ada yang ahli pasaran (maksudnya para pedagang) serta ada pula orang yang tidak termasuk golongan mereka tadi - yakni tidak berniat ikut menggempur Ka'bah?" Rasulullah صلی الله عليه وسلم menjawab: "Ya, semuanya dibenamkan dari yang pertama sampai yang terakhir, kemudian nantinya mereka itu akan diba'ats - dibangkitkan dari masing- masing kuburnya (sesuai niat-niatnya sendiri) untuk diterapi dosa atau tidaknya.
"

Disepakati atas Hadis ini (Muttafaq 'alaih) - yakni disepakati keshahihannya oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim - Lafaz di atas adalah menurut Imam Bukhari.
 
Nomor 2 Sumber: riyadhus-shalihin
 
Penjelasan:
  • Sayidah Aisyah diberi gelar Ummul mu'minin, yakni ibunya sekalian orang mu'min sebab beliau adalah isteri Rasulullah صلی الله عليه وسلم, jadi sudah sepatutnya. Beliau juga diberi nama ibu Abdullah oleh Nabi صلی الله عليه وسلم, sebenarnya Abdullah itu bukan puteranya sendiri, tetapi putera saudarinya yang bernama Asma'. Jadi dengan Sayidah Aisyah, Abdullah itu adalah kemanakannya. Adapun beliau ini sendiri tidak mempunyai seorang putera pun.
  • Dari uraian yang tersebut dalam Hadis ini, dapat diambil kesimpulan bahwa seseorang yang shalih, jika berdiam di lingkungan suatu golongan yang selalu berkecimpung dalam kemaksiatan dan kemungkaran, maka apabila Allah Ta'ala mendatangkan azab atau siksa kepada kaum itu, orang shalih itupun pasti akan terkena pula. Jadi Hadis ini mengingatkan kita semua agar jangan sekali-kali bergaul dengan kaum yang ahli kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman.
  • Namun demikian perihal amal perbuatannya tentulah dinilai sesuai dengan niat yang terkandung dalam hati orang yang melakukannya itu.
  • Mengenai gelar Ummul mu'minin itu bukan hanya khusus diberikan kepada Sayidah Aisyah رضي الله عنها belaka, tetapi juga diberikan kepada para isteri Rasulullah صلی الله عليه وسلم yang lain-lain.
Wallahua'alm...
 
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan (3)

 
 
Bab 1: Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Dari Aisyah رضي الله عنها, berkata: Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda: 
"Tidak ada hijrah setelah pembebasan Makkah , tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau semua diminta untuk keluar - oleh imam untuk berjihad, - maka keluarlah ュ yakni berangkatlah."
 
(Muttafaq 'alaih)

Maknanya: Tiada hijrah lagi dari Makkah, sebab saat itu Makkah telah menjadi perumahan atau Negara Islam.

 Sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم: "Tidak ada hijrah setelah pembebasan - Makkah," oleh para alim-ulama dikatakan bahwa mengenai hijrah dari daerah harb atau perang yang dikuasai oleh orang kafir ke Darul Islam, yakni daerah yang dikuasai oleh orang-orang Islam adalah tetap ada sampai hari kiamat. Oleh sebab itu Hadis di atas diberikan penakwilannya menjadi dua macam: 
  • Pertama: Tiada hijrah setelah dibebaskannya Makkah, sebab sejak saat itu Makkah telah menjadi sebagian dari Darul Islam atau Negara Islam, jadi tidak mungkin lagi akan terbayang tentang adanya hijrah setelah itu. 
  • Kedua: Inilah yang merupakan pendapat tershahih, yaitu yang diartikan bahwa hijrah yang dianggap mulia yang diluntut, yang pengikutnya itu memperoleh keistimewaan yang nyata itu sudah terputus sejak dibebaskannya Makkah dan sudah lampau pula untuk mereka yang ikut berhijrah sebelum dibebaskannya Makkah itu, sebab dengan dibebaskan Makkah itu, Islam boleh dikata telah menjadi kokoh kuat dan perkasa, yakni suatu kekuatan dan keperkasaan yang nyata. Jadi lain sekali dengan sebelum dibebaskannya Makkah tersebut. 
Adapun sabda beliau صلی الله عليه وسلم yang menyebutkan:  
 
"Tetapi yang ada adalah jihad dan niat,"  
 
maksudnya ialah bahwa diperolehnya kebaikan dengan sebab hijrah itu telah terputus dengan dibebaskannya Makkah itu, tetapi sekalipun demikian masih pula dapat dicapai kebaikan tadi dengan berjihad dan niat yang shalih. 
Dalam Hadis di atas jelas diuraikan adanya perintah untuk suka berniat dalam melakukan kebaikan secara mutlak dan bahwa yang berniat itu sudah dapat memperoleh pahala dengan hanya keniatannya itu belaka.

Nomor: 3 Sumber: riyadhus-shalihin
Wallahua'lam...
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan

Bab 1: Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Dari Abu Abdillah yaitu Jabir bin Abdullah al-Anshari radhiallahu'anhuma, berkata: Kita berada beserta Nabi صلی الله عليه وسلم dalam suatu peperangan - yaitu perang Tabuk - kemudian beliau صلی الله عليه وسلم bersabda:

"Sesungguhnya di Madinah itu ada beberapa orang lelaki yang engkau semua tidak menempuh suatu perjalanan dan tidak pula menyeberangi suatu lembah, melainkan orang- orang tadi ada besertamu - yakni sama-sama memperoleh pahala - mereka itu terhalang oleh sakit - maksudnya andaikata tidak sakit pasti ikut berperang."

Dalam suatu riwayat dijelaskan: "Melainkan mereka - yang tertinggal itu - berserikat denganmu dalam hal pahalanya." (Riwayat Muslim)

Hadis sebagaimana di atas, juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Anas رضي الله عنه, Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Kita kembali dari perang Tabuk beserta Nabi صلی الله عليه وسلم, lalu beliau bersabda:

"Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah, tiada menempuh kita sekalian akan sesuatu lereng ataupun lembah, [5] melainkan mereka itu bersama-sama dengan kita jua -jadi memperoleh pahala seperti yang berangkat untuk berperang itu - mereka itu terhalang oleh sesuatu keuzuran."
[5]Syi'ib (lereng) yangdimaksudkan di sini ialah jalan didaerah pegunungan, sedang Wadi (lembah) ialah tempat yang di situ ada airnya mengalir.

Nomor: 4 Sumber: riyadhus-shalihin
==========================
Tidak perlu minta izin. Sila kongsikan (Share)
Ilmu itu datangnya dari Allah untuk kebaikan seluruh manusia
==========================

Gambar Kereta Unik Dan Pelik !!


Unik Dan Pelik!! Kereta Di Ubahsuai Hingga Sebegini Rupa