Friday, 30 August 2013

Banyakkan selawat pada hari Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, 
“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, 
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Moga ada manfaat.


Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

Dusta Yang Dibenarkan

DARI Ummu Kalsum Binti Uqbah R A bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, 
"Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal: Dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami.” (HR Muslim)

Dusta dibenarkan pada 3 keadaan : 

1. Dusta untuk mendamaikan pihak yang bertikai.

2. Dusta kepada musuh ketika dalam peperangan. 

3. Dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami. Tujuannya adalah untuk menjaga keharmonian rumahtangga, misalnya seorang suami memuji masakan isteri, padahal masakannya tidak sedap.

Menurut Ibnu Hajar dalam kitab Al Fattah, yang dimaksud dengan dusta antara suami isteri hanyalah dusta dalam perkara yang tidak akan menggugurkan hak keduanya, atau dusta yang tidak mengakibatkan salah satunya akan mengambi perkara yang bukan haknya.

Di dalam kitab Syarah Muslim, Imam An Nawawi menyatakan, ”Maksud dusta suami kepada isteri dan sebaliknya adalah dusta ketika menampakkan cinta kasih dan ketika berjanji pada perkara yang tidak wajib atau sejenisnya. Ada pun dusta di antara suami dengan maksud menipu untuk mendapatkan perkara yang bukan haknya, maka dusta seperti ini hukumnya haram berdasarkan ijma’ kaum muslim.


Wallahu a'lam.

Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com


Isti'azah

Isti'azah ialah semua lafaz-lafaz atau bacaan-bacaan untuk meminta perlindungan kepada Allah. Di antara contoh isti'azah ialah surah An-Nas. Ta'awwuz juga satu antara isti'azah.

Ta'awwuz ialah lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a, “Bahawasanya Rasulullah S.A.W membaca a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”. (HR Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf ).

Firman Allah “…maka apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang direjam”. (An-Nahl :98)



Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

Jangan Cerita Aib Orang

Rasulullah SAW bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (HR Abu Daud)

Sabda Nabi: "Sesiapa menceritakan sesuatu tentang satu kaum, sedang mereka itu tidak suka, maka kelak di hari kiamat kedua telinganya akan dituangi cairan timah." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang mendengar saudaranya diumpat tetapi dia tidak membelanya padahal dia mampu, maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)


Moga ada manfaat.


Sumber: lenggangkangkung-my.blogspot.com

12 Barisan di Akhirat


SUATU ketika, Muaz Bin Jabal RA mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.

WASSALAM.


Sumber: tranungkite.net

Imam Ghazali: Enam Persoalan Hidup





SUATU HARI, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mungkin kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari semua yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Sholat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting, kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan megahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian.


Sumber: tranungkite.net

Enam Golongan yang Dikutuk Allah SWT





RASULULLAH SAW bersabda:

"Enam jenis golongan manusia yang aku dan Allah juga turut mengutuk serta pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan memandang mereka dengan pandangan rahmat dan belas kasihan. Mereka ialah:

  1. Orang yang menambah maksud tafsiran Al-Quran (takwil yang menyimpang).
  2. Orang yang mendustakan kepada takdir Allah SWT.
  3. Orang yang berkuasa tetapi takabbur. Mereka memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan sebaliknya menghina orang yang dimuliakan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  4. Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan Allah SWT dan sebaliknya.
  5. Orang yang meninggalkan Sunnah Rasulullah SAW.
  6. Orang yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT di kota suci Makkah."


Sumber: tranungkite.net

Lelaki, Kucing & Ahli sufi



Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "Kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini?" Jawab lelaki tersebut, "Aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku."

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yang kita kecapi, kita derhaka kepadaNya. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNya, Dia masih belum menyeksa atau memukul kita dengan azabNya." Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya.......

Sumber: tranungkite.net

Gambar Keindahan Alam Semulajadi Bumi Palestin Yang Anda Tidak Dapat Lihat di Media !!

Jika disebut tentang Palestin, pasti ramai di antara kita yang akan terbayang imej-imej peperangan, penindasan, penderitaan, runtuhan bangunan, pembunuhan dan sebagainya lagi yang menggambarkan sisi buruk dan kucar-kacir bumi anbiya' ini. Sekarang, sila buang jauh-jauh gambaran tak elok tersebut...apakata kita hayati gambar-gambar bumi Palestin ini dari sisi lain (keindahannya) yang mungkin anda tak pernah lihat sebelum ini.

Winter in Jerusalem

Northern Palestine
Al-Naqab — Negev
Tabarreya
Jerusalem
Naharya
Church of Nativity, Bethlehem
Bisan
Northern Lakes
Al-Naasera
Al-Naqab Negev
Akka Wall
Safad
Tabariyya
Al-Khalil
Jerusalem

Sumber aduuyai

Posmen Tak Bertanggungjawab Buang Surat dalam Hutan!


KUALA LUMPUR – Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan 'rahsia hitam'.

Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar.

Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi 'The Star', yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang lalu di kawasan itu.

Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung.

"Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan.

"Kemudian saya teringat bahawa saya tertinggal sesuatu dan berpatah balik. Saya terkejut melihat beg besar yang sebelumnya penuh berisi surat telah kosong. Ia hanya beberapa minit yang lepas," katanya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, beliau memaklumkan perkara itu kepada pengerusi persatuan penduduk, William Atyeo yang memanjat kawasan gaung tersebut dan menemui ribuan sampul surat yang bertaburan.

Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan.

Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya.

"Terdapat cek, bil, penyata bank, surat maklum balas dan banyak lagi," kata Ismail.

Beberapa penduduk telah mengadu mereka tidak menerima surat yang sepatutnya diterima seperti bil telefon dan bil TV berbayar, kata Atyeo.

Setelah dimaklumkan, Pos Malaysia menghantar pasukan ke tapak dimaksudkan.

Pekerjanya mengenal pasti kebanyakan surat adalah dari dua lokasi berhampiran di sepanjang Jalan Tebrau 1.

Ketua Operasi Pos Malaysia, Helmi Hashim berkata tiga posmen terbabit telah dikenal pasti dan akan dipecat. – THE STAR

Menarik: Kisah Pengajaran Nobita dan Sizuka yang sangat berguna ( Baca Mesti Habis) !

Nobita dan Sizuka

Pada suatu malam di depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu…Tak bosan kan?

Nobita : A'ah, tak bosan. Best!

Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe…

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.




Nobita : A'ah…betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?

Nobita : Errr~ hehe…

Mereka pun menuju ke i-City…

Sizuka : Awak, saya cantik tak?

Nobita : Awak kan sayang saya…Mestilah cantik…

Sizuka : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je…Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar…Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik…Kenapa ye?

Nobita : Errr~ hehe…

Mereka pun tiba di i-City…

Sizuka : Jom snap pic wak…Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?

Nobita : Takpe le…awak kan awek saya…

Sizuka : Awek je…bukan isteri yang sah…

Nobita : Errr~ huhu…

Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.

Nobita : Alaa…upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh…boleh ke?? tak elok la wak…Gambar tu dah la awak dan saya je…Yang ke-3 syaitan…Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat…Tak malu ke?

Nobita : Errr~ huhu…

Mereka pun pulang…

Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?

Nobita : Mestilah sayang…sayang sangat-sangat tau…haa.

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh…macam ajak bergurau je…nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe

Sizuka : Ish…apa ni? Teruknya pemikiran awak.

Nobita : Eh…Errr~ huhu…

Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh…mestilah! hehe…

Sizuka : Tapi awak tipu saya!

Nobita : Eh…kenapa lak saya tipu awak??

Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun…Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.

Nobita : Owh…sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini…Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali…Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan…Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang 'like', awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat…Awak ada ilmu agama…Kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah…tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya…tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah…Awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak…Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah…Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya…tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? tak kan…Awak bawa saya ke arah keburukan…Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk…Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan…

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah Nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu…tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi…Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan…Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah…

Nobita : …….

Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia…menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan…seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan…beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab…wallahuallam.. kita tolak sama ada Nobita & Sizuka adalah Islam atau tidak, kerana ini hanyalah watak kartun dan di gunakan dalam NOTE ini.

Manarik: Gambar Buaya Yang Menggunakan Ekor Palsu!

Mr Stubbs menjadi buaya pertama di dunia mendapat ekor tiruan selepas ekornya kudung digigit oleh buaya lain dalam satu pergaduhan.

Dengan mendapat ekor tiruan itu, ia memboleh buaya yang diberi nama Mr Stubbs kembali berenang dalam air.

Pembedahan menyambung ekor tiruan itu yang dibuat dengan campuran getah dan silikon itu dijalankan di Herpetological Society di Phoenix, melibatkan kos berpuluh ribu ringgit.

Menurut anggota Herpetological Society, Russ Johnson, Mr Stubbs masih muda ketika binatang berkenaan terlibat dalam pergaduhan dengan buaya lain, menyebabkan ia menjadi mangsa.

"Ekor umpama nyawa kepada seorang buaya, tanpanya ia tidak boleh berenang dan bergerak dalam air,'' katanya.

Menurut Johnson, Mr Stubb ditemui bersama 32 buaya yang lain dalam sebuah trak ketika trak berkenaan yang dalam perjalanan ke Arizona ditahan pihak berkuasa.

Ia kemudiannya diserahkan kepada Herpetological Society yang mempunyai 1,500 binatang reptilia.

"Apabila kami meletakkan Mr Stubb dengan buaya lain, kami dapati ia tidak boleh masuk ke dalam air yang dalam,'' katanya.

Menyedari binatang itu memerlukan ekor baru, maka sepasukan pakar reptilia diketuai Justin Georgi, dari Center for Orthopedic Research and Education telah dipanggil bagi membantu.

Acuan ekor tiruan itu dibuat sama saiz dengan buaya sebaya Mr Stubbs.

"Salah satu perkara menarik mengenai Mr Stubbs ialah ia dapat membiasakan diri dengan cepat, dengan ekor tiruan berkenaan dan mula bergerak dan berenang seperti buaya normal yang lain.

"Sepanjang tempoh 60 tahun umurnya, Mr Stubbs memerlukan penggantian ekor tiruan sebanyak 40 kali,'' kata Johnson.

(Gambar) Gaun ketat dan jarang Agnes Monica kurang menyengat di Hollywood..?


Perubahan kostum dari musim dingin ke musim luruh memang cukup sedikit mencabar dan berani. Tidak terlepas, gaya yang ditampilkan oleh selebriti di seluruh dunia.

Mungkin sudah cukup dengan hanya memakai skirt pendek atau gaun ketat untuk musim kali ini dan tidak terlalu ekstrim apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi.

Kritikan ini dialami oleh penyanyi Indonesia yang kini berada di Hollywood bagi meneruskan kariernya.

Agnes muncul pada di black carpet bagi tayangan perdana filem Oblivion lakonan Tom Cruise. Kostum Agnes Monica dikritik oleh web Huffingtonpost yang agak kurang bersetuju dengan pilihan gaun Agnes tersebut.


(Gambar) Wajah wanita yang dibelasah suami dalam lif tersebar..!!

BUKIT MERTAJAM: Polis telah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya.

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berprofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.
Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Mazlan berkata polis telah menjalankan siasatan kes itu selepas wanita berusia 36 tahun berkenaan membuat laporan polis pada jam 4.40 Isnin lepas.

"Saya minta pihak yang mendakwa polis tidak menjalankan siasatan supaya hentikan tomahan itu, kami jalankan siasatan menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis," katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata beliau melawat mangsa samun Fatimah Che Din, 64, hari ini untuk memaklumkan perkembangan kes itu kepada wanita berkenaan.

Dalam kejadian 2 Ogos lepas, Fatimah yang tinggal seorang diri di rumah selepas suaminya Razali Md Rejab, 67, keluar solat Jumaat berhadapan detik mencemaskan apabila disamun seorang lelaki bersenjatakan parang di rumahnya pada jam 1.45 petang.

Mazlan berkata lelaki itu meluru masuk dan meletakkan parang di leher mangsa serta mengikat tangan, menutup mulut dengan kain sebelum melarikan diri dengan motosikal setelah merampas seutas rantai leher dan gelang tangan bernilai RM7,000.

Polis berjaya mengesan perompak terbabit setelah menemui beg yang dipercayai milik suspek dalam rumah mangsa dan lelaki berusia 20 tahun itu merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Johor yang sedang mengikuti latihan pratikal di Bandar Perda, di sini sejak dua bulan lepas. - Bernama

Panas! Nabila Huda hisap rokok punca peminat bergaduh di Facebook..!

Nabila Huda hisap rokok punca peminat bergaduh - Peminat tegar Nabila Huda pastinya sudah masak dengan perangai berani pelakon itu berkongsi gambar-gambar sensasi dan kontroversi di laman Facebook dan Instagram.


Biar sejuta pun komen-komen negatif yang dilemparkan oleh para peminat kepada ibu tunggal itu, ianya hanya ibarat seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Inilah salah satu sikap utama yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang terlibat dalam dunia hiburan.

Terbaru, Nabila kembali memuatnaik sekeping gambar sensasi di laman Instagram di mana dia dilihat sedang menyalakan sebatang rokok berwarna putih.

Admin kurang pasti apa jenis rokok yang dihisap oleh Nabila namun aksi yang ditunjukkannya cukup menghuru-harakan peminat sehingga mereka bergaduh sesama sendiri di Facebook.



Pelik: Hanya Kerana Warna coli Nora Danish jadi pertikaian peminat..!! (4 Gambar)

Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi.

Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.

Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.

Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.

Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau. Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.

Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!

Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya...
 
 
 
 

Janda dicekup di bulan puasa...!



BESUT– Dua individu termasuk seorang wanita ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan serta menjual makanan kepada orang Islam tidak berpuasa, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ibu tunggal berusia 40-an itu diberkas di rumahnya di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut oleh sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut setelah mendapat maklumat orang awam.

Menurutnya, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita terbabit dipercayai sedang menjual nasi bungkus kepada beberapa pelanggan di rumahnya.

"Bagaimanapun, penguat kuasa gagal memberkas pelanggan yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa, sementara wanita terbabit ditangkap dan sebanyak 10 bungkus nasi turut dirampas," katanya.

Menurut Azmi, pihaknya telah melakukan intipan selama beberapa hari sebelum menyerbu rumah wanita terbabit.

Katanya, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 19(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syarie (takzir) negeri Terengganu kerana tidak menghormati bulan puasa (menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa).

Sementara itu katanya, dalam operasi yang turut disertai Penguat kuasa Majlis Daerah Besut itu, pihaknya menahan seorang lelaki beragama Islam berusia 56 tahun di dalam sebuah kedai milik lelaki bukan Islam pada jam 10 pagi, hari yang sama.

"Lelaki terbabit ditahan selepas anggota penguat kuasa yang menyerbu kedai tersebut mendapati dia menghisap rokok di situ dan akan didakwa di bawah Seksyen 19 (b) enakmen yang sama kerana tidak berpuasa," katanya.

Azmi berkata, tangkapan tersebut yang pertama sepanjang Ramadan ini dan pihaknya akan melakukan pemeriksaan serta pemantauan secara berterusan bagi menjaga kesucian Islam.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 10 premis membabitkan premis perniagaan dan rumah termasuk sebuah rumah di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih diperiksa.

Bahaya: Taktik Baru Curi Kereta


Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia... 
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identiti kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan sebarkan kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Sekarang ni mcm2 boleh jadi. Kena banyak beringat...